Perang tamat Perang_Habsburg-Uthmaniyah

Peperangan kurun ke-18

Peperangan kurun ke-19

Perang Dunia I

Hubungan antara Austria dan Uthmaniyyah mula bertambah baik apabila mereka menghadapi ancaman serupa dari Rusia dan sekutu yang sama iaitu Jerman bagi bertindak balas di atas ancaman daripada Tsar. Uthmaniyyah berharap agar Jerman mengindustrikan negara mereka untuk mempertahankan diri menentang Rusia, yang mana telah melancarkan "Perang Salib menentang Turki" kepada satu tahap menghalau keluar Turki daripada wilayah Crimea dan Caucasus. Sementara itu, Empayar Prusia Jerman merayu kepada Austria di sebabkan berkongsi budaya dan bahasa yang serupa serta terma-terma yang lebih longgar selepas Perang Austria-Prusia. Austria tidak lama kemudian dapat melihat kemaraan Rusia ke arah sempadan mereka. Maka, pada tahun-tahun sebelumnya Perang Dunia I, dua buah musuh ini mendapati mereka menjadi sekutu menentang Perancis, Rusia dan Britain. Pada tahun 1918, Empayar Austria-Hungary menyerah diri kepada pemisahan seperti tertakluk di bawah Perjanjian Saint-Germain, sepertimana juga pihak Uthmaniyyah di bawah Perjanjian Sèvres.